Friday, October 5, 2012

Bangsat

Sudah tersuluhkan
Aku bukan hidup untuk mengagungkan
Tudingan mana harus aku tujukan?
Tanda tanya terpampang lebar diperinci

Meski skeptik
Aku jua punyai nilai tawa
Apa kau tuli dengan suka
Membiar aku tercari penghujungnya sabar

Diam dalam hingar
Diam dalam bingar
Terseliuh dalam ratanya titian
Tapi kenapa bukan kau yang mengampu bahuku

Kenapa si sampingan yang terlebih gigihannya
Kenapa
Aku suka persoalkan ini
Bukan kerana ihsan hati
Tapi kerana kau sebahagian dari aku!
Bangsat!


No comments: