Sunday, October 28, 2012

Sepi

Tangis sepi aku tak bersendi
Hilai tawa aku tak memeri
Diam.Runduk.Angkuh
Simpangan nafsu tak berpenghujungan

Monday, October 22, 2012

Menular

Jiwa.Aku
Dalam aku tularnya jiwa gelandangan yang menebal
Aku bergerak sendirian dalam songsang terusnya arus
Aku kebalkan diri dalam kedepankan pengalamanku
Aku dalamkan diri aku dengan pencarian infiniti

Friday, October 19, 2012

Semangat.Aku

Siapa diri kau itulah yang jadikan kau agung
Jangan kau ubahkan untuk yang lainnya

Apa yang jadi mendatang akan selalu jadi soal
Jangan kau takutkan untuk rasainya

Bila hidup tak berbelas kasihan dengan kau
Tunjukkan belangmu

Bilamana ada pilihan untuk ditimbal
Pilihlah yang akhirnya kau boleh dongakkan

Mengapa itu ini terjadi tak akan sekali jelas
Majukan langkah dan jangan kau paling

Lacuna

Aku biarkan ruang itu lengang
Lengang dari stigma
Aku isikan dengan isian hakiki
Ah aku tidak perlukan noda

Apa yang kau cari?
Adakah kau terasa di puncak bila terkecapi?
Kekalkah perasaan kasih yang disulami?
Cerahkan aku manfaat dalam carian kau itu

Bila ketemukan
Kau seru aku

[REVIEW NASKHAH] Sembang Tepi Jalan Syurga Yang Hilang - Meor


Ini masterpiece! Aku jelasnya bukan manusia yang tetap pada satu.Lebih terperincinya aku bukan jenis manusia yang manjakan mental aku dengan imaginasi hubungan.Contoh dekat ; lambakan novel cinta. Mungkin sebab I'm not into it.Maybe.Jadi kekdahnya kalau aku ke bookstore,aku dahagakan catitan pengalaman atau lontaran kata tentang hidupan atau hasil karya kerohanian.Ini hakiki.Aku bukan dalam usaha untuk meng'kreditkan diri aku ini sufi.Jauh sekali.Sudah aku jelaskan.Ini hakiki.

Meor.Aku mulanya tak dapat gambaran siapa dia.Memang tak pernah tahu pasal dia before this.Ceritanya bermula cuma begini,waktu aku senggang.Makanya aku lapangkan untuk cari bahan bacaan baru.Untuk aku ke MidValley aku perlu lalui KL Sentral.Sementara aku tunggu KTM anak haram tiba, aku menyawang entah kemana.

Aku hentikan langkah.Aku amati alunan suara si Busker. Terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan.Lunak suaranya dengan genre Folk. Splendidly citarasa halwa telinga aku.Nyaman bunyinya. Lepas beberapa detik,aku cuma senyum dengan si Busker itu. Lalu terus menerus langkah.......

Sedang aku telaah naskhah yang aku telusuri.Sedarlah aku profil si penulis Sembang Tepi Jalan ini si Basker tadi rupanya.Bertuahlah aku.

Karyanya mudah.Dia cuma lontarkan apa yang kita layarkan dalam hidup.Yang membezakannya cuma pe'el si Polan manakan sama dengan si Polan.Jadinya, jalan ceritanya & pengakhirannya saja yang berbeza. Itu yang menjadikan 'pengalaman' itu sebagai ilmu teragung bagi aku. Berzaman aku berpegang pada perih manisnya pengalaman.

Dalam naskhah Meor juga penyampaiannya ringkas.A yang kau baca,A juga yang kau terima.Bagi aku.Tidak tahu pulak bagi kau.

Yang menariknya lagi dalam tulisannya,aku tertarik dengan konsep 'beyond' yang dia cuba pancarkan.Ya,dia terapkan banyak unsur kerohanian dalam naskhah ini.Tapi jujur aku katakan,aku tak cadangkan untuk mereka-mereka yang chauvinist.Ini tulisan tulus dari si Meor.Jika si chauvinist-chauvinist inginkan bahan bacaan,aku cadangkan kau telaah'lah buku resepi Sheila Rusly ataupun Buku Biografi Ummi Hafilda.

Akhir kalam,aku sulamkan akhir perenggan ini dengan ikhlasnya ucapan tahniah untuk si Meor.Karya kau realistik.Teruskan usahamu.


Wednesday, October 10, 2012

Pelayar opera

Kadang-kadang bukan semua salah dia,
Kadang-kadang kita yang me-maha besar & teragung-agungkan dia
Bukan salahnya dia
Tapi salahnya kita

Monday, October 8, 2012

Bingung I

Cara aku apa kau kecoh?
Hidup aku apa kau susah?
Senang aku apa kau gundah?

Friday, October 5, 2012

Teka silang kata

Jenuh aku ternanti train ke Pelabuhan Klang
Aku berjalan terus ke penghujung landasan.
Itu kebiasaan.
Aku prefer utk masuk koc yang betul-betul beradanya belakang pemandu train.
Entah.
Tabiat barangkali.

Hm,sudah penuh

Keluh dalam hati aku bila aku harus berdiri.
Aku perlu selangi kira-kira 6 stesen untuk tiba di Batu Tiga
 *tuptup

Scene I

Manusia kurang akal melintasi aku yang sedang bersandar didinding train.
Manusia keliling aku sudah berperilaku kurang enak terhadapnya
Ada yang menjegil mata,mencebik muka paling maksimum sehingga menutup hidung

Aku hanya tunduk
Terfikir aku apa dosa si kurang akal tadi
Hm

Sempurnakah aku?
Sempurnakah mereka?

Paling benar bila badannya sedikit berbau
Nama pun sudah si kurang akal

Scene II

Si kurang akal masih melekap di tingkap kaca betul-betul di belakang pemandu
Aku tidak jauh hanya berjarakkan beberapa depa
Dia kerap ungkap
'Kakak, nak balik ye? bila nak bagi kita duit?'

Aku hanya senyum
Aku tidak lebihkan amalan memberi wang
Takut-takut membahayakan dia
Mungkin lebih elok jika dihulurkan coklat, air atau makanan lainnya

Selang 2 3 stesen
Dia turun
Dia terus ke koc yang paling depan
Aku lihat pintunya terbuka

***************

Atas nama Tuhan yang menjadikan aku manusia
Aku nampak si pemandu senyum
Paling ikhlas dari tepinya
Aku nampak ikhlas tulusnya

Dia hulurkan sedikit wang
Lalu dia melambai
Indah
Meski cliche
Aku tak tahu kenapa aku terharu dengan itu

Indah
Indah

Kau berkatilah manusia mulia itu Ya Rabbi
Kau lebih mengetahuikan




Bangsat

Sudah tersuluhkan
Aku bukan hidup untuk mengagungkan
Tudingan mana harus aku tujukan?
Tanda tanya terpampang lebar diperinci

Meski skeptik
Aku jua punyai nilai tawa
Apa kau tuli dengan suka
Membiar aku tercari penghujungnya sabar

Diam dalam hingar
Diam dalam bingar
Terseliuh dalam ratanya titian
Tapi kenapa bukan kau yang mengampu bahuku

Kenapa si sampingan yang terlebih gigihannya
Kenapa
Aku suka persoalkan ini
Bukan kerana ihsan hati
Tapi kerana kau sebahagian dari aku!
Bangsat!


Dangkal

Kembali terkeliru
Sukar untuk aku uraikan
Hm

Tersalah pilihan mahupun tiada nasib pembaikan
Apa yang Tuhan aku mahukan?
Tersekat atau tergelinciran?

Izinkan aku mendongak langit mencantas huluranmu
Aku ingin berdiri sendiri
Biarkan aku
Takdir aku
Biarlah aku yang melakar

Jadilah kau hanya pemerhati bisu
Kau sudah merangka
Aku ingin sudahkannya sahaja
Berikan aku peluang agung itu

Izinkan aku
Asingkan aku

Monday, October 1, 2012

Angka 19

Allahuakbar
Allahuakbar
Terima kasih bapak untuk azan dan iqamah yang teralun untuk aku saat itu
Terima kasih emak kerna memilih untuk berjuang untuk aku
Aku dulunya terkedek
Kini sudah bisa ternampakkan kematangan entiti

Waima aku masih tempang mencari hidup
Tapi aku bisa berdiri sendiri
Bisanya hanya kerna kamu berdua yang teguh menemani
Doa kalian masih lagi bersisa baki
Kini aku harus menabur jasa bakti
Mudahan Tuhan perkenan aku jadi anak yang berbudi

Tiada hasrat lain melain kalian dilindungi
Maafkan aku kerna sering menjadi arang berduri
Pengalaman saja yang tulennya mengajar erti
Aku kini masih tercari penghujung duniawi

Berkati aku dengan doa yang tak diketahuikan
Iringi perjalananku dengan sumpahan kemuliaan
Syukurlah aku kerana kalian menerima aku
Mendepa kelahiran benih yang senteng dengan kebaikan dan kesolehan

Halalkan mulia hinaku
Aku terhutang seluruh hidupku
Peganglah kataku
Akan ku baktikan segala perihmu

Aku jauh namun masih tembus pintu hati kalian
Masih terindukan kalian yang berpuluh batu
Usai monolog untuk aku
Selamat mulai angka sembilan belas
Selamat menghambakan dirimu
Wahai si perempuan gila--
 





Gelandangan I

29 September 2012
Aku dititik persilangan
Menongkah dagu menanti kunjungan fajar
Dari tengah malam hingga paginya
Aku terkadang senyum , marah

Persepsi
Aku keliru dengan itu
Ada yang rendah
Ada yang tinggi
Bukan ukurannya
Tapi judmentasinya

Aku dikatanya jablay
Aku senyum
Mungkin aku belum dituliskan untuk menjadi dewa nafsu
Mungkin esok
Mungkin nanti


Siapa saja yang boleh melawan itu?
Tuhan itu Azza Wa Jalla
Aku percaya
Aku percaya

Berkoyan asap terhembus
Terdetik aku untuk terbang sepertinya
Bebas itu kuasa
Tidak seperti aku
Entiti bernyawa yang kudung dalam jasad perempuan berupakan si penggoda

Atau mungkin aku tertuliskan untuk itu
Mungkin