bisu kata kerna kamu beralah sentiasa dengan aku, si buta.
kenapa kau bisu?
kenapa kau submisif?
kenapa kau mahu jadi pendengar segala cerita tak berhujung aku?
kau tahu aku ini dominan,
kau juga tahu yang aku ini tak pernah termenang-kan,
perempuan jalang kata.
kau tahu-kan semua.
maka,
kenapa?
aku ini buta.
buta hati-nya
jalang kata-nya
benget budi-nya
kenapa kau bisu-kan kotak suara mu untuk aku?
jawap kau cuma...
kerna hati aku ini simpul mati-nya cuman untuk kau,sitara
injaklah aku
mairat-kan perasaan aku
tapi
bundar mata-mu itu aku tahu
kau tlah berbagi raga penuhmu untuk aku