Wednesday, September 26, 2012

Iri

Didahului dengan viktori
Dipertengahannya aku semakin menyendiri
Akhirnya aku diselebungi
Waima aku sedar
Namun kalah

Aku perlukan lebih kutipan emosi
Biar ia menguasai
Biarkan ia menular
Biarkan waima cabangnya kanan mahupun kiri
Kau pasti dapat menangani

Jagindas

Gah seperti aura namanya
Kurniakan aku dengan itu
Jagindas
Jagindas

Kaitan

Tangis dan dendam ialah sahabatku,
Tawa dan suka pasti musuh padu,
Jauhkan aku,
Aku hingar dari itu,
Jauhkan aku,
Jauhkan aku.




Saturday, September 8, 2012

Si Empty

Kau jujur sahabat ,
Aku awalnya menjarakkan diri daripadamu ,
Kerana aku tak setaraf akal denganmu ,
Kau pintar ,
Aku lembam ,

Perbedaan itu sudah cukup untuk aku ,
Namun kau tidak serik ,
Kau mendekatiku ,
Sedari awal kau jujur bahasakan ,
'Aku nak berkawan dengan kau'.

Hingga saat ini ,
Barulah aku tahu ,
Kau sememangnya sahabat .
Kau selayaknya diberi penghormatan .

Walau yang lainnya berjaya sepertimu ,
Tidak pula kau melupakan aku ,
Kau menjadi pendorong utamaku ,
Kau senyum tatkala aku mendung .

Sungguh besar perananmu dalam hidupku ,
Pelik ,
Sungguh aku tak merasa cinta kepadamu ,
Hanya rasa sayangkan seorang sahabat yang membuak .
Kini satu nikmat telah kurasa ,
Nikmat akan nilai persahabatan .

Kini engkau berada dalam tahun ijazahmu ,
Dan aku masih merangkak ,
Aku hanya mampu mengirimkanmu
Doa yang tidak diketahuikan
Moga ini yang menerangimu .

Terkadang kita keanakan ,
Kau memelatkan namaku & begitu
jua aku ,
Tersenyum sendirian aku memikirkannya ,
Itulah yang kusisip sebagai kenangan .

Sekalung budi untukmu sahabat ,
Budi yang aku kirimkan buatmu insan mulia ,
Doa untukmu kerana kejujuran berkawan ,
Mohon Allah perkenan umurmu dilanjutkan & rezekimu
dibentangkan .

Tuesday, September 4, 2012

Petak hitam

Itu julung kalinya aku menyarung si petak hitam
Aku selesa
Ibaratnya aku berselindung di balik segi empat yang berkuasa
Aku bahagia walau itu sementara
Bahagia kerana itu dunia ku yang kedua
Akan ku cuba meneroka lagi
Setialah bersamaku si petak hitam

Monday, September 3, 2012

Muka surat baru

Hari pertama dan terakhir kerja

Tak seperti selalu . Aku penat yang teramat untuk jadi hippies malam ni . Bukan dalam mood bergelandangan malam tu .
Nisa .
Dia pun first day kerja hari tu . Tapi dia contract . Dia pelawa aku ikut dia balik Ampang . Aku turutkan . Aku dapat rasa dia elok orangnya . Inshallah
Nisa hidup  sendiri di kota kosanastra ni . Aku perhati lagi . Aku lebih banyak diam untuk beri dia peluang meluah . Aku nampak 'keperitan' dari dalam mata hitam dia .
Katanya ,
dia lari rumah dek kerana selisih faham
Aku sudah jangkakan itu , namun aku masih menunggu dia untuk terus bercerita
akhir kalam , dia melarikan diri kerana nafsu songsangnya . Aku masih tenang . Hanya mengukir senyuman tatkala dia menantikan respons dari aku .
Terluahlah segala cerita dimana dia harus ikat perut dan hidup di flat pemberian bekas majikannya . Syahdu .
Rumah yang dia diami lengang . Hanya beralas tikar biasa .
Aku masih berlagak biasa
Sungguh , dia baik orangnya .
Sungguhpun bergelandangan , dia sering ungkitkan ; mak aku dulu tak bagi aku buat macam ni ..... mak aku selalu pesan.....
Indah
Indah sungguh hubungan anak & ibu itu
Mungkin ini jalan yang dia pilih .
Keesokannya , dia mengiringi aku hingga ke LRT Ampang
Kami berjabat dan dia berulang kali mengingatkan aku untuk terus berhubung dengannya .
Aku angguk tanda faham
Kau permudahkanlah rezeki dia Ya Tuhan , sesungguhnya dia telah berbuat baik terhadapku Ya Tuhan